Program Modul Tunas dengan kerjasama IMREC, UTM dan JPN


Alhamdulillah, sekolah kita telah tersenarai untuk menjalani Program Modul Tunas atau Mind Changing Programme (MICEP) pada 12 hingga 14 April (Fasa 1) dan 19 hingga 21 April 2012 (Fasa 2). Program ini adalah usahasama antara Iskandar Malaysia Research Centre (IMREC), UTM, dan JPN. 
    Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih ke atas keprihatinan Iskandar Malaysia. Wakil dari UTM seramai dua orang turut hadir sebagai fasilitator iaitu En.Dzulkiflee bin Mohd Hassan dan Cik Noorsidah binti Abu Bakar. Gurata dan gurati dari IMREC yang menjalankan program ini ialah En. Abdul Aziz bin Tamhid dan Cik Fatimah binti Mohamad. Guru pembimbing dari pihak sekolah pula ialah En. Mohd Hasif bin A. Samat dan Pn. Sairee binti Sainel. Guru yang terlibat telah terlebih dahulu mengikuti Modul Train of Trainers (TOT) pada 5 hingga 8 Disember 2011 di Danga Bay. 
    Seramai 21 peserta dari Tahun 5 telah terpilih. Program Modul Tunas ini merupakan satu modul yang memberikan pendedahan mengenai Sains Keseimbangan iaitu antara IQ dan EQ demi membentuk keperibadian peserta. Program yang telah dijalankan di Bilik PPSMI, SKTIE ini padat dengan penyusunan aktiviti pembelajaran Sains Keseimbangan yang diharap dapat membantu peserta untuk mencetuskan corak pemikiran berkualiti. Selain membantu peserta menjadi lebih fokus dalam menjalani rutin kehidupan seharian sebagai pelajar. Contohnya, seorang pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab, berdisiplin, bertoleransi, dan berfikiran luas. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ialah Cerakin Mahir iaitu sesi teori, Etika & Interaksi iaitu sesi amali, Singkap Puas iaitu sesi soal jawab, Jelajah Fikir iaitu sesi penulisan dan Menjana Potensi iaitu sesi kajian kes. Konsep program ini antara lain adalah berdasarkan hukum matematik dan perlaksanaan kaedah pencernaan minda sebagai formula pembelajaran. Ia dilaksanakan secara berperingkat iaitu pembelajaran teori dahulu dan kemudian sesi amali diberikan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dijalankan dengan suasana interaksi ceria dan keputusannya agak memberangsangkan.

Program: Merentas Desa.



Program merentas desa telah berjaya diadakan dengan jayanya dan selamat. Lokasi merentas desa pada tahun ini adalah di sekitar kawasan sekolah dan taman perumahan yang berhampiran.

Program: Pertandingan Bahasa Inggeris.


Tahniah diucapkan kepada Team Action Song SKTIE kerana mendapat tempat ke tiga....Action Song terdiri daripada kanak-kanak comel tahun 3...Tak lupa juga kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan....

Program: Pertandingan Bowling Hari Guru 2012



Tahniah kepada Badan Kebajikan Guru Dan Staf SK Taman Impian Emas kerana telah berjaya mengadakan Pertandingan Bowling SKTIE 2012 sempena Sambutan Hari Guru 2012. Pertandingan telah diadakan di Danga City Mall dan telah disertai seramai 20 orang guru. Suasana amat meriah sekali dengan aksi guru-guru yang baru memegang bola bowling. Tahniah kepada pemenang dan yang kalah cuba tahun hadapan. SELAMAT HARI GURU.......

Pakaian Beragam: Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru pada tahun ini cukup meriah dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi sikap warga SKTIE yang cukup sporting memperagakan pakaian "JIKA AKU BUKAN SEORANG GURU". Majlis lebih meriah lagi dengan kedatangan Pn Tan Ah Heng selaku Ahli Parlimen Gelang Patah bersama-sama menyambut Hari Guru. SKTIE menjadi tempat yang penuh ceria dengan adanya persembahan yang cukup bersahaja daripada guru-guru dan staf sokongan sekolah. Terima Kasih juga diucapkan kepada En Mohd Shuhailley B Bahador ( YDP PIBG ) kerana sanggup menunggu sehingga Majlis selesai.

“Mental Health Advocacy For School Teachers”




Kursus “Mental Health Advocacy For School Teachers” telah diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Seramai 60 orang guru dan staf SK Taman Impian Emas telah menghadiri kursus ini. Kursus ini cukup bermakna dan memberi kesan yang positif kepada guru-guru dan staf-staf. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada En Kanan Mariappan selaku Naib Presiden MINDA Johor dan juga AJK PIBG SKTIE kerana telah mencetuskan idea untuk mengadakan kursus ini dan juga sebagai tunggak utama dalam Kursus ini. Pihak sekolah juga amat berterima kasih kepada AJK-AJK PIBG yang turut memberi sokongan bagi menjayakan kursus ini. Penceramah yang menjayakan kursus ini adalah Dr. Hj. Abdul Kadir Bin Abu Bakar, Pengarah & Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Permai, Dr Farahidah, Ketua Jabatan & Pakar Perundingan Psikiatri Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan PROKEM Team. Penyampaian sijil dan cenderamata telah disempurnakan oleh Pn Hjh Ta’siah B Mohd Salleh, Guru Besar SKTIE.