“Mental Health Advocacy For School Teachers”




Kursus “Mental Health Advocacy For School Teachers” telah diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Seramai 60 orang guru dan staf SK Taman Impian Emas telah menghadiri kursus ini. Kursus ini cukup bermakna dan memberi kesan yang positif kepada guru-guru dan staf-staf. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada En Kanan Mariappan selaku Naib Presiden MINDA Johor dan juga AJK PIBG SKTIE kerana telah mencetuskan idea untuk mengadakan kursus ini dan juga sebagai tunggak utama dalam Kursus ini. Pihak sekolah juga amat berterima kasih kepada AJK-AJK PIBG yang turut memberi sokongan bagi menjayakan kursus ini. Penceramah yang menjayakan kursus ini adalah Dr. Hj. Abdul Kadir Bin Abu Bakar, Pengarah & Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Permai, Dr Farahidah, Ketua Jabatan & Pakar Perundingan Psikiatri Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan PROKEM Team. Penyampaian sijil dan cenderamata telah disempurnakan oleh Pn Hjh Ta’siah B Mohd Salleh, Guru Besar SKTIE.

1 comment:

  1. Salam Sejahtera..
    Saya mempunyai 2 orang anak lelaki yg mempunyai perangai yang berbeza. Seorang berumur 9 tahun mempunyai kenakalan ADHD kurang daya tumpuan dan hyperaktif, seorang lagi berumur 6 tahun pula kurang daya tumpuan ADD. Saya tidak tahu bhwa itu adalah penyakit. Adakah saya perlu bawa anak2 saya pergi ke pakat psikiatri?
    Email saya adalah rohayatisa75@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete